Datuk Jamil Salleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Belia 1 Malaysia

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia Kali Ke-18 (SOPMA XVIII) di Negeri Melaka. Penganjuran Kejohanan Sukan ini membuktikan bahawa kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menitik beratkan agenda pembangunan kompetensi sukan kepada semua golongan termasuk kepada atlet-atlet paralimpik terutamanya kepada golongan orang pekak.

Pada masa kini, kejohanan sukan telah menjadi agenda penting dalam arus pembangunan negara. Bidang ini telah membawa pengertian yang mendalam di kalangan rakyat Malaysia kerana melalui sukan kita bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas malah dapat mengukuhkan lagi perpaduan serta dapat meningkatkan semangat kerjasama dan daya saing di kalangan warga Malaysia.

Bagi semua atlet yang mengambil bahagian gunakanlah platform kejohanan sukan ini untuk menunjukkan kemampuan diri yang sebenar dan berusahalah dengan sedaya mungkin untuk mencipta sejarah kegemilangan tersendiri dengan memenangi sebanyak mungkin pingat-pingat yang dipertandingkan.

Akhir kata, terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang telah mencurahkan segala idea dan keringat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan kejohanan sukan ini dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa ta’ala sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya serta mengurniakan kejayaan terhadap segala usaha yang kita lakukan. Diharapkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

(YBHG DATUK JAMIL BIN SALLEH)
Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia