PUAN HAJAH HATIPAH BT. IBRAHIM

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan Sukan Orang Pekak Malaysia ke 18 (SOPMA XVIII 2014) yang akan diadakan di Melaka.

Adalah diharapkan melalui penganjuran sukan ini, ianya dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat awam bahawa golongan orang pekak juga diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka melalui aktiviti kesukanan di samping mengeratkan silaturrahim di antara mereka.

Memang menjadi hasrat kerajaan untuk melihat aktiviti kesukanan golongan ini dapat dikembangkan dan maju ke depan. Untuk mencapai hasrat tersebut, saya amat menggalakkan pihak-pihak swasta dan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO) supaya turut serta memberi perhatian dan kerjasama kepada golongan tersebut.

Jabatan Belia dan Sukan Negara amat menghargai usaha yang dilaksanakan oleh pihak persatuan dengan inisiatif dan tanggungjawab yang mencabar ini dalam menganjurkan SOPMA kali ke 18. Pihak JBSN akan sentiasa memberikan kerjasama dan galakan kepada pihak MSDeaf dalam usaha mereke memperkembang dan memajukan aktiviti kesukanan untuk golongan OKU cacat pendengaran.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama melalui tenaga, buah fikiran dan komitmen bagi memastikan kejayaan penganjuran SOPMA XVIII 2014. Diharapkan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kepada semua atlit selamat bertanding dan selamat maju jaya.

"BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN"

YANG BERUSAHA PUAN HAJAH HATIPAH BT. IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARAM