SOPMA XVIII 2014 Melaka
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka. Dalam logo ini, Kancil direka dengan aksi melompat seolah-olah ia mengalu-alukan ketibaan semua kontinjen ke Negeri Melaka. Elemen garisan merah dan biru yang membentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SOPMA XVIII.
A FARMOSA
Melaka negeri yang kaya dengan sejarah silamnya.
WARNA
Gabungan warna merah, putih, kuning dan biru melambangkan Bendera Negeri Melaka.
MERAH |
- |
Melambangkan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan dalam apa jua yang dilakukan demi mencapai kejayaan dalam menghadapi arus pemodenan bidang kesukanan.
|
PUTIH |
- |
Melambangkan disiplin rohani dan dan kesucian di mana setiap atlet pekak amat ditekankan dengan aspek kebersihan untuk mengambil bahagian dan membantu menjayakan SOPMA XVIII di Melaka bagi kepentingan negara.
|
KUNING |
- |
Melambangkan keamanan dan kesejahteraan dalam pertandingan yang diadakan.
|
BIRU |
- |
Melambangkan kerjasama semua pihak tanpa mengenal status bagi menjadikan sukan sebagai alat yang memainkan peranan utama menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia.
|