Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA)SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA (MALAYSIA DEAF GAMES) atau nama ringkasnya SOPMA merupakan satu acara sukan yang dikhususkan bagi warga pekak peringkat kebangsaan. SOPMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition). SOPMA dimulakan sejak tahun 1983 dan adalah sukan yang paling penting dan popular bagi warga pekak. SOPMA paling akhir telah diadakan pada April 2012 lalu di Kuala Lumpur. SOPMA diadakan DUA (2) tahun sekali dan adalah sukan orang pekak yang paling penting dan popular kerana melalui SOPMA atlet-atlet pekak yang berbakat akan dipilih untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asia-Pasifik (Asia Pacific Deaf Games) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympics Games). STRUKTUR ORGANISASI SUKAN ORANG PEKAK
|