PERATURAN AM : PENDAFTARAN PENYERTAAN

  1. Pendaftaran pertandingan terbuka kepada warga Pekak yang layak mengikut syarat-syarat di bawah :
    1. Berkewarganegaraan Malaysia.
      1. Bukan warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan SOPMA atas nama kontinjen negara ASEAN dengan persetujuan MSDeaf.
    2. Umur tidak kurang daripada 15 tahun.
      1. Peserta yang berumur kurang daripada 18 tahun diwajibkan mengemukakan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
    3. Tubuh badan yang sihat dan cergas.